07Sep

Tips IVF Yang berjaya: Jenis Rawatan Kesuburan Di Malaysia

Sudah bermacam-macam petua dan tips telah cuba, tetapi masih belum ada rezeki hendak dapat zuriat? Patutkah anda menerima rawatan di klinik rawatan kesuburan? Adakah prosedurnya selamat dan tidak mahal?

Hampir pasti setiap pasangan yang sudah lama berumah tangga mesti menanti-nantikan kedatangan ahli baru dalam keluarga kecil yang baru dibina.

Tetapi terdapat segelintir pasangan yang mempunyai masalah untuk menimang cahaya mata walaupun pelbagai cara telah dilakukan untuk mencapai hajat tersebut.

Berdasarkan tips IVF, anda harus menitikberat tentang kesihatan dan mengubah kepada gaya hidup yang lebih sihat. Syukur pada zaman teknologi perubatan yang semakin berkembang maju, pelbagai alternatif rawatan kesuburan telah memberi sinar harapan untuk membantu proses kehamilan.

 rawatan kesuburan lelaki

5 Jenis Rawatan Kesuburan di Malaysia

Anda boleh mendapat rawatan kesuburan di Malaysia di Klinik LPPKN (Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara). Selain itu, sesetengah klinik kerajaan atau hospital swasta juga menyediakan kemudahan yang mencukupi.

Rawatannya adalah berperingkat dan bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh pasangan tersebut. Namun, lazimnya rawatan tersebut merangkumi:

1. Ubat Hormon

Alternatif ini merupakan salah satu kaedah perubatan yang sering digunakan untuk memastikan pengalaman IVF yang berjaya. Ubat hormon ini amat popular dengan nama komersialnya, Clomid.

Ubat ini membantu wanita membebaskan telur ovum pada peringkat ovulasi semasa kitaran haid secara berkesan dengan peningkatan pada rembesan hormon FSH (follicle stimulating hormone) dan LH (Luteinizing hormone).

Kebiasaannya, doktor pakar akan mengesyorkan ubat ini sekiranya wanita tersebut mempunyai kitaran haid tidak konsisten atau salah satu pasangan mempunyai masalah kesuburan. Untuk memastikan proses IVF berjaya, doktor juga akan mengesyorkan agar ubat hormon pada hari ketiga haid selama lima hari.

Sepanjang pengambilan ubat, pesakit juga akan mengalami beberapa kesan sampingan seperti kembung perut, dan rasa ketidakselesaan semasa melakukan hubungan intim.

 proses ivf berjaya

2. Suntikan Hormon

Suntikan ini adalah dos Human Chorionic Gonadotropin (HCG) yang membantu pembentukan telur yang sihat dalam rahim wanita serta membantu pembebasan telur semasa peringkat ovulasi.

Kaedah ini juga merupakan salah satu alternatif perubatan yang popular, sekiranya ubat clomiphene tidak membawa kesan positif kepada tubuh.

Selain itu, ubat tidak hanya berkesan kepada wanita sahaja, tetapi ia juga dapat membantu meningkatkan jumlah sperma lelaki. Suntikan ini juga sering digunakan dalam rawatan IVF untuk meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat kembar dua atau tiga.

Walaubagaimanapun, anda usah risau kerana doktor mengesahkan bahawa kaedah ini tidak akan menyebabkan si pengguna berisiko terkena kanser ovari.

3. Teknik IVF

Mungkin ramai akan tertanya-tanya, apa itu IVF? IVF atau dikenali sebagai persenyawaan in-vitro yang dilakukan dengan mensenyawakan sampel sperma dan telur di dalam makmal.

Selepas itu, embrio akan terhasil dan akan dipindahkan ke dalam rahim wanita. Berita baiknya, teknik IVF sering menjadi pilihan utama kerana harga IVF di Malaysia antara paling murah dan tidak berbahaya.

Seterusnya, doktor pakar akan mencadangkan kaedah IVF sekiranya:

  • Isteri mempunyai masalah pada tiub fallopian atau kitaran ovulasi.
  • Suami mempunyai masalah sperma tidak subur atau kekurangan kuantiti sperma.

 proses ivf

Doktor akan meminta isteri mengambil ubat kesuburan sebelum memulakan proses rawatan untuk mendapatkan beberapa sampel telur. Kemudian, doktor akan memilih telur yang paling subur untuk menjadi sampel melalui teknik ultrasound serta pembedahan kecil.

Kepada si suami pula, anda perlu menyediakan sampel sperma. Sperma dan telur pasangan akan disenyawakan  dalam peringkat ‘insemination’ dan disimpan di makmal untuk pemerhatian. Jika berjaya, gabungan tersebut akan berubah menjadi embrio dan akan dipindahkan ke dalam rahim isteri pula.

Jalani Diagnosis Yang Terperinci

Akhir sekali, saranan daripada doktor amatlah penting sebelum anda memilih prosedur yang terbaik untuk rawatan kesuburan.

Bagaimanapun, semua prosedur diatas mempunyai beberapa kriteria tersendiri bagi mencapai peratusan kehamilan yang lebih tinggi. Ini  termasuk juga anda mungkin harus sentiasa mencuba rawatan kesuburan untuk meningkatkan kebarangkalian untuk hamil.