Tip-Tip Memilih Pembiayaan Pinjaman Perumahan Bank Yang Terbaik di Malaysia
Pada masa kini, dek kerana harga rumah yang terlampau tinggi terutama di kawasan bandar telah menyebabkan ramai bergelut untuk beli rumah pertama mereka.
Ramai yang terpaksa berhempas pulas untuk membuat pinjaman perumahan yang terbaik bagi membiayai pembelian rumah idaman mereka.
Selain itu, amat jarang golongan yang mampu membeli rumah secara tunai atau tanpa membuat sebarang pinjaman daripada bank.

Cuba anda bayangkan harga rumah teres setingkat yang berada di kawasan luar bandar pun sudah mencecah angka ratusan ribu, apatah lagi harga rumah yang berada di kawasan bandar.
Walau bagaimanapun, pinjaman peribadi untuk perumahan sekarang sudah menjadi satu keperluan yang pasti. Cuma, apabila terdapat pakej pinjaman yang tersedia, ramai pula yang menjadi pening untuk memilih yang terbaik.
Jika anda adalah salah seorang yang sedang tercari-cari pembiayaan pinjaman perumahan terbaik, disini juga sertakan tips beli rumah pertama yang boleh dijadikan rujukan.
1. Pembiayaan Islamik Atau Pinjaman Konvensional
Dulu, selain daripada kos membeli dan membina rumah yang masih rendah, salah satu punca masyarakat tidak gemar untuk membuat pinjaman adalah pinjaman yang sedia ada adalah berkonsepkan riba.
Pinjaman islamik selalunya dikenali sebagai pembiayaan (financing), manakala pinjaman konvensional dikenali sebagai pinjaman (loan).
Apa yang membezakan antara pinjaman islamik dan pinjaman perumahan konvensional adalah kontrak yang mendasari produk tersebut.
Pembiayaan islamik adalah berasaskan konsep jual-beli atau sewaan seperti Musharakah atau Ijarah. Manakala, pinjaman perumahan konvensional pula berkonsepkan pinjaman semata-mata. Layari laman web Mega 3 Housing untuk maklumat tentang islamik yang lebih lanjut.
2. Kadar Terapung atau Kadar Tetap
Selain daripada tahu cara kira loan rumah, anda juga perlu mengetahui tentang kadar yang ditetapkan di dalam terma kontrak pinjaman perumahan anda.
Pembiayaan perumahan islamik biasanya menggunakan terma kadar keuntungan, manakala pinjaman perumahan menggunakan terma kadar faedah. Kedua-duanya dibahagi kepada dua jenis iaitu, kadar tetap atau kadar terapung.
Kadar tetap bermaksud kadarnya kekal dan tetap sepanjang tempoh pembiayaan, maka kadar bayaran bulan adalah tetap walaupun berlaku perubahan dari segi polisi atau situasi ekonomi.

Sebaliknya, kadar terapung boleh berubah-ubah bergantung kepada kadar asas pinjaman kalkulator loan rumah yang ditetapkan oleh pihak bank. Nak pilih samada kadar terapung atau kadar tetap, itu terpulang kepada selera masing-masing.
Hal ini kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Yang penting, cuba untuk mendapatkan tawaran kadar faedah atau keuntungan yang paling rendah.
3. Tempoh Pembiayaan atau Pinjaman
Semakin panjang tempoh pembiayaan pinjaman perumah yang diambil, semakin rendah jumlah bayaran ansuran bulanan. Tetapi, jumlah keseluruhan pembiayaan pinjaman perumahan tersebut akan menjadi lebih besar.
Bagi yang ingin meminimumkan jumlah bayaran ansuran bulan untuk rumah mampu milik di Selangor, maka perlulah mencari tawaran pembiayaan pinjaman perumahan yang mempunyai tempoh pinjaman yang panjang.
Seterusnya, bagi yang ingin mengurangkan jumlah bayaran keseluruhan dengan menyelesaikan pinjaman atau pembiayaan dengan secepat mungkin, maka tempoh pembiayaan adalah kurang signifikan.

4. Daily Rest atau Monthly Rest
Konsep pengiraan faedah atau keuntungan sama monthly rest atau daily rest, juga perlu dititik fokuskan dalam memilih pembiayaan pinjaman perumahan terbaik.
Bagaimanapun, bagi yang belum memahami konsep pengiraan bagi pembiayaan pinjaman perumahan yang biasanya berdasarkan konsep reducing balance.
Seperti yang dimaklumkan, bagi setiap bayaran ansuran bulan yang dikeluarkan, sebahagian bayaran tersebut juga dapat digunakan untuk mengurangkan baki pinjaman atau pembiayaan asal. Manakala, sebahagian lagi akan digunakan untuk membayar faedah/ keuntungan yang dikenangkan.
Apakah Pembiayaan pinjaman perumahan yang terbaik?
Selain daripada proses pengeluaran KWSP untuk beli rumah, ia sememangnya sukar untuk memilih pinjaman yang terbaik.
Hal ini kerana sedemikian, hampir setiap tawaran daripada bank-bank sudah semestinya berbeza-beza. Oleh itu, anda disarankan untuk membuat sedikit kajian tentang produk-produk yang ditawarkan oleh pihak bank.









